KOTA KINABALU – Polis menahan anak kandung suspek utama kes pembunuhan kejam wanita yang mayatnya dikerat tujuh bahagian dan dibuang di beberapa lokasi di Taman Indah Permai malam tadi.
Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Sepanggar kira-kira pukul 11 malam dalam operasi membabitkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Bukit Aman; Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Bantuan Teknikal D8 JSJ IPK dan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Luyang.
Penahanan itu susulan tangkapan bapanya yang berusia 71 tahun kira-kira pukul 5 petang semalam, kurang 24 jam selepas penemuan mayat mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua tangkapan berkenaan.
“Suspek kedua ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini suspek utama lelaki tempatan berusia 71 tahun berjaya dikesan dan ditahan. Setakat ini motif kejadian dipercayai cemburu,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE
Wanita dikerat tujuh: Selepas suami, anak kandung pula ditahan
- Oleh IVAN AMIRUL
- 13 Februari 2026, 9:50 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Hukum wanita haid masuk masjid
13 Februari 2026, 8:29 am

Perdim bantu wanita B40 jadi usahawan urutan berpantang
13 Februari 2026, 8:15 am

Cemburu punca wanita dikerat tujuh, lelaki usia 70-an ditahan
13 Februari 2026, 5:21 am

Ada yang tabur garam di kubur Akiko Okumura
12 Februari 2026, 4:04 pm

‘Cikgu Chandra’ ditahan, muat naik hantaran berunsur hasutan
12 Februari 2026, 2:42 pm

Mayat wanita dikerat, sumbat dalam plastik, buang di tempat sampah
12 Februari 2026, 11:41 am

Polis merusuh, minta naik gaji
12 Februari 2026, 11:30 am

Polis mohon bantu kesan gadis hilang dari tapak karnival
11 Februari 2026, 11:55 pm






