fbpx
Wan Ahmad Fayhsal

Wan Ahmad Fayhsal dipecat Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan pemecatan keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkuat kuasa serta-merta.

Berdasarkan Notis Pemecatan Keahlian Bersatu bertarikh 13 Februari 2026, keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin parti selepas bersidang semalam.

Menurut notis berkenaan, Wan Ahmad Fayhsal didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu sekali gus menyebabkan beliau dipecat daripada semua hak keahlian parti di bawah Fasal 22.5.

“Pemecatan ini berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan,” menurut kandungan notis tersebut.

Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal masih diberikan ruang untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Bersatu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis.

Pemecatan itu sekali gus menamatkan status keahlian beliau dalam parti selepas sebelum ini digantung keahlian, dipercayai susulan isu disiplin yang melibatkan tindakan dan pendirian politiknya.

Tindakan terhadap Wan Ahmad Fayhsal menjadikan beliau antara beberapa pimpinan dan ahli Bersatu yang dikenakan tindakan tegas parti selaras dengan pendirian parti untuk tidak berkompromi terhadap sebarang pelanggaran perlembagaan dan disiplin organisasi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN