fbpx
Tangkap layar video oleh pemgguna media sosial, @Nas yang memaparkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan di sepanjang laluan menghala ke ibu negara, semalam.

[VIDEO] ‘Bukan jalan raya je sesak, naik tren pun muka cium cermin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Betul-betul lumpuh gini. Seminggu ni dah parah betul. Yang dalam tren pun muka cium cermin”.

Itu antara keluhan orang ramai yang masih belum reda susulan kesesakan lalu lintas luar biasa sejak beberapa hari lalu di beberapa laluan utama di sekitar Lembah Klang.

Menerusi perkongsian @Nas di media sosial, semalam, jelas memaparkan ribuan kenderaan ‘melekat’ panjang dipercayai di sepanjang susur keluar Plaza Tol Sungai Besi menghala ke ibu negara.

“Keras kan hidup ni, tetap kita usaha nak ‘muatkan’ (dalam tren),” tambahnya lagi.

Hantarannya itu mengundang perhatian orang ramai yang turut mengeluh dan terkesan dengan ‘fenomena’ berkenaan.

“Tren penuh, jalan raya   pun penuh. Nak kena ada sayap mungkin,” ujar seorang pengguna.

“Kita sama, tadi baru ja cium cermin tren LRT,” komen @Stnazihah.

“Bukan dalam tren ja nak tercium cermin, dalam bas pun sama. Makin teruk trafik sekarang ni,” kongsi @LiyaRahman. – KOSMO! ONLINE

@naseruulsemoga urusan semua orang dipermudahkan, ibadah mencari rezeki

♬ Beri Aku Kesempatan – Stevan Pasaribu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN