fbpx
Gambar hiasan.

SPRM teliti dokumen seleweng pelaburan babit bekas menteri kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti dokumen berkaitan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion membabitkan bekas menteri kanan di sebuah kementerian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya berkata, mengesahkan pihaknya menerima aduan tersebut daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), semalam.

“SPRM sedang meneliti dokumen yang telah diterima sama ada berlaku apa-apa kesalahan rasuah, salah guna kuasa, penyelenggaraan termasuk dari aspek tatakelola.

“Kita akan menjalankan siasatan di bawah akta yang tertakluk,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bengkel Kewartawanan: Memahami Peranan SPRM Dalam Usaha Memerangi Rasuah, di Genting Highland hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kertas siasatan akan dibuka selepas penelitian dibuat ke atas semua dokumen yang diterima.

Terdahulu, SPRM menerima laporan berhubung isu penyelewengan terbabit daripada gabungan beberapa NGO pukul 2 petang semalam.

Berdasarkan laporan tersebut, pengadu mengesyaki bekas menteri kanan dan pegawai kementerian ketika itu terlibat dalam perkara berkenaan.

Selain itu, terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Pengadu juga melaporkan beberapa isu yang dikatakan boleh menimbulkan persepsi konflik kepentingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI