PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di sembilan negeri hingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, antara negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Pahang dan Selangor.
“Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah (Baling) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
“Terkesan sama, Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis) dan Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya,” kata kenyataan itu, sebentar tadi.
Tidak ketinggalan dijangka menerima cuaca buruk sama menurut MetMalaysia, adalah Sabah dan Sarawak.
“Di Sarawak cuaca buruk diramalkan berlaku di Sarikel (Sarikel dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Sementara di Sabah, di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu) selain seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” ujar kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE














