fbpx
PARA peserta berpeluang menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing pada saingan Piala Maxim tahun ini.

Saingan Piala Maxim 2026 lebih kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 18,000 pemain muda tanah air dan antarabangsa dijangka memeriahkan saingan Piala Maxim dan Siri Maxim Elit 2026 bakal berlangsung di lima lokasi utama di seluruh negara.

Kejohanan anjuran Maxim Events itu akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Melaka dan Johor, membabitkan lebih 1,500 pasukan dalam lapan kejohanan sepanjang tahun.

Pertandingan merangkumi kategori umur bawah enam hingga 20 tahun bagi lelaki dan perempuan itu menjadikan platform berkenaan antara kejohanan bola sepak remaja paling komprehensif di rantau ini.

Pengarah Maxim Events, Will Kucia berkata, pengenalan kejohanan baharu di Melaka tahun ini menjadi antara langkah memperluas capaian serta meningkatkan penyertaan.

“Kami teruja untuk terus mengembangkan platform ini. Tahun lalu, kami menyaksikan peningkatan penyertaan dan penambahbaikan dari segi kualiti penganjuran.

“Tahun ini kami mahu memastikan lebih ramai pemain muda mendapat peluang beraksi dalam suasana kompetitif yang tersusun dan selamat,” katanya.

Dalam masa sama, kejohanan itu turut mendapat sokongan berterusan daripada Subway sebagai penaja utama bagi musim 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Subway Malaysia, Kon Kin Siong berkata, pihaknya komited membantu memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi menerusi tajaan yuran penyertaan, penyediaan kit pasukan serta sokongan makanan kepada pasukan terpilih.

Siri kejohanan akan membuka tirai dengan Piala Maxim Kuala Lumpur pada 2 dan 3 Mei, diikuti Pulau Pinang (11-12 Julai), Langkawi (17-19 Julai), Melaka (25-26 Julai), Johor (7-9 Ogos dan 30 November-1 Disember), Siri Maxim Elit Perempuan (27-29 November) serta Siri Maxim Elit Lelaki (4-6 Disember). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN