fbpx
Saifuddin

Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah, dakwa Muhyiddin ‘takut pengaruh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan motif sebenar tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memecat Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Timbalan Presiden parti itu.

Menurut beliau, pemecatan tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas 16 Ahli Parlimen secara terbuka menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden Bersatu dan menyerahkan jawatan berkenaan kepada Hamzah, sekali gus menimbulkan tanda tanya besar terhadap keputusan berkenaan.

“Tindakan ini memberi gambaran bahawa Muhyiddin takut dengan pengaruh Hamzah yang semakin kuat dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, sekiranya Muhyiddin benar-benar masih mempunyai sokongan kukuh dalam kalangan pimpinan dan ahli, tindakan drastik seperti pemecatan tidak sepatutnya berlaku.

“Jika benar Muhyiddin masih mempunyai sokongan, tidak perlu bertindak seperti ini. Parti politik yang matang tidak harus dipimpin oleh ketakutan atau ketaksuban untuk mengekalkan kedudukan,” tegasnya.

Beliau turut menyifatkan pemecatan Hamzah sebagai mencerminkan kelemahan kepimpinan tertinggi parti.

“Pemecatan ini memperlihatkan Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang lemah dan penakut,” katanya.

Untuk rekod, Saifuddin pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Tertinggi Bersatu sebelum dipecat daripada parti itu pada 6 Januari lalu.

Pemecatan Hamzah sebelum ini mencetuskan gelombang reaksi politik, termasuk daripada barisan Ahli Parlimen dan pimpinan pembangkang yang melihatnya sebagai satu titik kritikal dalam krisis dalaman Bersatu.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN