fbpx
Asmat (tengah) menunjukkan trofi PNAGS ketika ditemui di TPCC hari ini.

PNAGS promosi pelancongan sukan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Perodua National Amateur Golf Series (PNAGS) 2026 meneruskan acara tahunan mencungkil bakat baharu menerusi penganjuran keenam kejohanan berprestij itu yang akan menjelajah ke 14 negeri seluruh Malaysia.

Juara terpilih kemudian akan berentap di peringkat akhir kebangsaan yang akan diadakan di Desaru Coast, Johor pada 23-31 Oktober bersama lebih 600 pemain daripada 45 buah negara menerusi kejohanan World Amateur Golf Championship (WAGC).

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, PNAGS merupakan antara platform terbaik mempromosikan pelancongan sukan ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, limpahan ekonomi turut dirasakan oleh penduduk sekitar apabila lebih 600 pemain bersama pasukan dan ahli keluarganya datang ke Malaysia.

“Setiap negara akan menghantar lima peserta sekali gus kejohanan ini mendatangkan faedah kepada negara dan kami berpuas hati,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian PNAGS di Kelab Golf Templer Park (TPCC) di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden WAGC, Isac Saminathan dan Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor. 

Sementara itu, Isac berkata, setiap lokasi akan memilih lima pelain dan mereka akan beraksi dalam pusingan akhir di TPCC sebelum lima yang terbaik akan mewakili negara di Desaru.

Dalam pada itu, Mohd. Anwar memberitahu, walaupun terdapat ramai pemain muda berbakat, tapi kejohanan itu hanya terbuka kepada amatur berusia 18 tahun ke atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN