fbpx
VIKNESWARAN (empat dari kiri) pada majlis sidang akhbar diadakan baru-baru ini.

PHKL anjur kejohanan perkukuh sukan bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Kejohanan Hoki Dalam Dewan DBKL–PHKL sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026. 

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 15 Februari 2026 bertempat di UTC Sentul, Kuala Lumpur.

Penganjuran kejohanan ini mencatat satu pencapaian penting apabila Kuala Lumpur menjadi antara bandar terawal di Malaysia menganjurkan kejohanan hoki dalam dewan di Malaysia selepas penganjuran di peringkat kebangsaan. 

Inisiatif ini sekali gus memperkukuh peranan ibu negara sebagai peneraju pembangunan sukan bandar yang progresif dan berdaya saing.

Lebih signifikan, kejohanan ini dianjurkan berasaskan peraturan hoki dalam dewan sebenar yang selaras dengan piawaian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), sekali gus memastikan aspek teknikal, taktikal dan kompetitif sukan hoki dalam dewan diterapkan secara menyeluruh. 

Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti penganjuran kejohanan, malah menyediakan pendedahan awal kepada pemain tempatan terhadap format pertandingan bertaraf antarabangsa.

Kejohanan ini bertujuan untuk mempromosikan hoki dalam dewan sebagai salah satu sukan kompetitif dan inklusif dalam kalangan warga kota, di samping menjadi platform sokongan strategik ke arah persediaan Sukan SEA 2027.

Format hoki dalam dewan yang fleksibel serta kos yang lebih efektif turut membolehkan penggunaan optimum kemudahan awam sedia ada milik DBKL.

Selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, kejohanan ini juga berperanan sebagai medium penstrukturan semula pembangunan hoki bandar, khususnya dalam usaha mengenal pasti, membangunkan dan memperkasakan bakat tempatan di peringkat akar umbi.

Sebanyak dua kategori akan dipertandingkan, iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Wanita Terbuka. 

Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya.

PHKL optimis bahawa penganjuran kejohanan ini akan menjadi acara sukan berimpak tinggi sempena Hari Wilayah Persekutuan, di samping berpotensi dijadikan sebagai platform tahunan dalam memperkukuh pembangunan hoki dalam dewan di peringkat bandar dan kebangsaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN