fbpx
KARTHIGEYEN didakwa perkosa pelajar di Mahkamah Sesyen Muar hari ini.

Pensyarah dituduh noda pelajar dalam kereta, rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang pensyarah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan seksual terhadap penuntut perempuan dua tahun lalu.

Tertuduh, R. Karthigeyen, 33, yang sudah bertukar ke sebuah instsitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Khairi Haron.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Pagoh, dekat sini pada pukul 3 petang, 4 Disember 2024 dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B dan 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan.

Tertuduh juga didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang sama dengan mencabul kehormatannya di lokasi berasingan iaitu parkir kenderaan belakang asrama IPTA dan sebuah rumah antara pukul 2.40 dan 3 petang serta 9 malam, 3 dan 4 Disember 2024.

Bagi kesalahan itu, pemuda tersebut didakwa mengikut Seksyen 354 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen tidak menawarkan ikat jamin kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh yang diwakili peguam R. K. Bala dijamin sebanyak RM25,000 selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Isnin pertama setiap bulan.

Memandangkan semua dokumen lengkap dan diserahkan kepada peguam tertuduh, mahkamah memutuskan kes ini dibicarakan pada 30 November dan 8 serta 9 Disember ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN