fbpx
Dalam keadaan lemah selepas bersalin, seorang pelajar kolej berusia 18 tahun dipercayai nekad menunggang motosikal bagi membuang mayat bayinya di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini, malam tadi.

Pelajar kolej bungkus mayat bayi dengan telekung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Dalam keadaan lemah selepas bersalin, seorang pelajar kolej berusia 18 tahun dipercayai nekad menunggang motosikal bagi membuang mayat bayinya di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, suspek yang mengalami pendarahan telah ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari kediamannya pada pukul 8.30 malam.

Katanya, tindakan itu disyaki dilakukan bagi menyembunyikan kelahiran tersebut daripada pengetahuan keluarga susulan bayi berkenaan merupakan hasil hubungan dengan teman lelakinya.

“Selepas melahirkan bayi tersebut, suspek mengambil kain telekung dan membalut bayi itu sebelum memasukkannya ke dalam beg.

“Dalam keadaan lemah, dia kemudian menunggang motosikal sambil membawa mayat bayi itu dan meninggalkannya di dalam tandas,” katanya

Tambah sumber, mayat bayi itu hanya ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan, polis menahan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun susulan penemuan mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dibalut dengan kain telekung di tandas awam wanita di Taman Bandaraya Bukit Serindit.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata hasil siasatan awal mendapati remaja itu dipercayai ibu kepada bayi tersebut dan ditahan ketika sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Ujarnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN