fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah motosikal ‘diterbalikkan’ di hadapan sebuah rumah. - Instagram

Parkir lagi depan rumah, motosikal diterbalikkan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian pengguna media sosial apabila dirakam sengaja menerbalikkan sejumlah motosikal yang diletakkan di hadapan rumahnya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Jalan Andi Mallombasang, Sungguminasa semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fakta.gowa menunjukkan pemilik rumah itu ‘membaringkan’ beberapa motosikal dan membaling topi keledar ke tanah. 

Perbuatan itu dibuat selepas sebilangan pemilik motosikal nekad meletakkan kenderaan mereka di hadapan rumahnya sehingga menghalang pintu masuk. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kenapa tidak buat sewa? Ini dipanggil mengatasi masalah dengan menambah masalah,” kata seorang netizen. 

“Banyak cara boleh selesaikan masalah seperti memasang tanda amaran atau berjumpa dengan pihak berkaitan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI