fbpx
KENDERAAN polis ketika membawa mayat wanita hamil yang disyaki dibunuh suaminya menggunakan lesung di rumah sewa mereka dekat Kampung Makam, Kota Tinggi hari ini

Lelaki bunuh isteri hamil guna lesung direman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Polis akan memohon reman ke atas suspek lelaki warga Myanmar yang membunuh isterinya dengan kejam menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek etnik Rohingya itu kini sudah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok untuk direman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis merima maklumat dari orang awam berhubung penemuan seorang mayat wanita warga asing dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di rumah tersebut kira-kira pukul 7.42 pagi.

Pemeriksaan awal polis menemui seorang wanita hamil tujuh bulan terbaring berlumuran darah dengan kecederaan di bahagian kepala dipercayai dihentak dengan objek tumpul.

Menurutnya, mangsa yang juga etnik Rohingya disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Kota Tinggi yang hadir di lokasi.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan Pegawai Forensik D10, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membawa kepada penemuan lesung batu yang disyaki digunakan suspek sebagai senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI