fbpx
Suspek ditahan ketika berada di unit kecemadan HQE II, Kota Kinabalu. -Foto: Ihsan Polis-

Konflik, tuntut duit pertunangan punca kerat tujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Suspek utama kes pembunuhan wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai mengaku terbabit dalam kejadian itu dengan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan faham mengenai hubungan peribadi berkenaan tuntutan wang pertunangan.

‎Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pengakuan itu diperoleh hasil soal siasat awal selepas suspek lelaki tempatan berusia 71 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

‎“Suspek mendakwa pembunuhan itu berlaku kerana masalah dalam hubungan antara dia dan mangsa termasuk isu tuntutan wang pertunangan selepas pertunangan mereka dipercayai putus kerana mangsa telah berkahwin dengan individu lain,‎ siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan ,” ujarnya kepada media hari ini.

Semalam polis menemui ‎ beberapa anggota badan manusia dipercayai wanita di kawasan rumah kedai di Indah Permai, Menggatal di sini. Mayat itu dipercayai meninggal di tempat lain dan dibuang di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN