fbpx
Gambar yang dikongsi Wan Ahmad Fayhsal di Facebooknya menunjukkan satu mesyuarat diadakan bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dipecat Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal ‘bersyukur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan beliau telah dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook, beliau meluahkan rasa syukur walaupun berdepan keputusan tersebut.

“Alhamdulillah saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan akan terus istiqamah memainkan peranan sebagai Ahli Dewan Rakyat serta kekal bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Insya-Allah saya akan terus istiqamah bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam berperanan sebagai Ahli Dewan Rakyat.

“Fa-staqim kama umirta,” tulisnya lagi, memetik ayat al-Quran yang membawa maksud “maka tetaplah kamu di jalan yang benar sebagaimana diperintahkan”.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN