fbpx
Bella mendedahkan terpaksa melanggar 'call time' buat pertama kali bagi memenuhi permintaan anak lelakinya, Ayden Adrean agar menghantarnya ke sekolah baru-baru ini.

Bella Astillah terlalu sibuk, menangis anak minta hantar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Bella Astillah mendedahkan terpaksa melanggar ‘call time’ buat pertama kali bagi memenuhi permintaan anak lelakinya, Ayden Adrean agar menghantarnya ke sekolah baru-baru ini.

Kata Bella, 32, perkara tersebut disuarakan anak sulungnya yang baru berusia sembilan tahun kerana berasakan Bella sudah lama tidak meluangkan masa dengannya.

“Ketika penggambaran muzik video lagu raya bersama Fippers di Janda Baik, Pahang baru-baru ini, saya lambat selama dua jam.

“Memang terpaksa lambat. Pertama kalinya, Ayden hubungi saya pada hari sebelum dan bertanya sama ‘mummy apa perancangan awak esok?’

“Kemudian saya jawab ada penggambaran muzik video tetapi dia minta saya hantar ke sekolah sebab katanya sudah lama tidak melakukan perkara tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu rayanya yang berjudul Ya Raya di sini, hari ini.

Tambahnya, dia mengakui terkejut dengan permintaan tersebut dan mula sedar sudah lama tidak menghantar anaknya ke sekolah.

“Bella menangis dan rasa kasihan sangat dengan Ayden sebelum minta izin dengan pihak Fipper untuk datang lambat. Terima kasih kepada Fipper sebab faham situasi tersebut.

“Saya hantar bukan hanya di depan sekolah tetapi sampai ke kelas. Satu momen yang tak akan dilupakan sebab memang dia tiba-tiba minta.

“Dari momen tersebut, saya tersedar yang jadual kerja terlalu sibuk sebab ‘call time’ selalunya pada waktu pagi sehingga jarang hantarnya ke sekolah,” jelasnya.

Semalam, Bella melancarkan lagu raya solo pertamanya, Ya Raya yang merupakan projek kerjasama Universal Music Malaysia dengan Fipper.

Muzik video rasmi Ya Raya akan ditayangkan secara rasmi hari ini menerusi platform YouTube pada pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN