fbpx
Tarique (dua kiri) ketika pilihan raya negara itu kelmarin. FOTO AFP

Anwar ucap tahniah kemenangan besar presiden baharu Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Tarique Rahman serta parti itu atas kemenangan besar dalam pilihan raya negara berkenaan.

Menurut Anwar, kemenangan tersebut membuktikan kejayaan proses demokrasi apabila rakyat Bangladesh menyatakan pendirian mereka secara jelas melalui peti undi selepas melalui tempoh penuh cabaran luar biasa.

“Ia merupakan kemenangan demokrasi. Rakyat Bangladesh telah bersuara dengan jelas,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Muhammad Yunus atas peranan dan kepimpinan beliau sebagai Ketua Penasihat sepanjang tempoh peralihan berkenaan, selain memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan teratur.

Anwar berkata, Malaysia menantikan kerjasama erat dengan kepimpinan baharu Bangladesh bagi menyuntik tenaga baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Saya bersama rakyat Malaysia menghulurkan ucapan setulusnya kepada rakyat Bangladesh,” katanya.

Terdahulu, BNP mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum Bangladesh, sekali gus membuka lembaran baharu dalam landskap politik negara Asia Selatan itu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI