fbpx
Anwar bersama Musa di Seri Perdana Putrajaya hari ini.

Anwar, Musa Aman bincang pembangunan Sabah di Seri Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan kunjungan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman di Seri Perdana dalam pertemuan yang memberi tumpuan kepada agenda pembangunan dan kebajikan rakyat negeri itu.

Menurut Anwar, perbincangan tertumpu kepada perancangan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Sabah, selain usaha memperkukuh kesejahteraan sosial rakyat.

Katanya, isu penyediaan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik turut menjadi fokus utama bagi memastikan rakyat Sabah tidak terus dinafikan hak menikmati kemudahan asas yang sempurna.

“Kerajaan Persekutuan komited memastikan pembangunan Sabah dilaksanakan secara adil dan menyeluruh, berpaksikan keperluan sebenar rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau berkata, pertemuan tersebut mengukuhkan tekad bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memastikan kemajuan yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada seluruh warga Sabah tanpa mengira latar belakang.

Terdahulu, Tun Musa Aman mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Seri Perdana sebagai sebahagian daripada sesi pertemuan rasmi membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pembangunan negeri.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI