fbpx
Aiskrim yang cuba diseludup masuk di Pelabuhan Barat, Klang

Aiskrim pun jadi sasaran seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Penyeludupan di Pelabuhan Klang kini bukan lagi tertumpu kepada sisa elektronik (e-waste), malah aiskrim turut dikesan cuba dibawa masuk secara haram ke negara ini, semalam.

Kegiatan itu dikesan ketika pemeriksaan dijalankan di Pusat Pemeriksaan Kontena CFS 4, Pelabuhan Barat oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang AKPS, Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihak pengimport mengemukakan pengisytiharan dalam Borang K1 sebagai frozen dumpling.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan fizikal mendapati kandungan sebenar konsainan adalah aiskrim dari negara China dengan anggaran berat 17,580 kilogram.

“Rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM59,276.82,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua dagangan itu cuba dibawa masuk tanpa permit import sah daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Katanya, tindakan mengisytiharkan barangan tidak tepat merupakan kesalahan serius kerana boleh menjejaskan kawalan pematuhan terhadap syarat permit, piawaian keselamatan makanan serta cukai dan duti import.

“Perbuatan sedemikian dipercayai bertujuan mengelakkan pengesanan serta memintas prosedur ditetapkan pihak berkuasa,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN