fbpx
Fadil.

3 laporan diterima berkait kenyataan fitnah terhadap SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menerima tiga laporan polis berkaitan kenyataan fitnah, ketidakpuasan hati serta tuduhan tidak berasas terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disebarkan menerusi platform dalam talian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dua laporan polis diterima kira-kira pukul 11 pagi, hari ini.

Katanya, laporan berkenaan susulan penularan artikel dalam talian yang didakwa mengandungi maklumat palsu dan berniat jahat berhubung pelanggaran had pemilikan saham serta peraturan perkhidmatan awam sebagai penjawat awam sehingga mencemar reputasi SPRM.

“Manakala satu lagi laporan polis yang diterima menyokong kenyataan laporan dalam platform terbabit ke atas individu dan organisasi SPRM.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu atau fitnah. Pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus, adil dan profesional selaras dengan peruntukan undang-undang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI