fbpx

‘The worst decision’ – Duet dengan usahawan keputusan terburuk Iman 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Sebenarnya tak membabitkan apa-apa yang besar pun, cuma ‘attitude’, (sikap).”

Demikian jawapan penyanyi Iman Troye mengenai impak kurang senang yang dirasai daripada pengalaman menjayakan sebuah projek lagu raya duet dengan seorang usahawan pada tahun lalu.

Tidak tuju kepada sesiapa, pemilik nama lengkap Siti Nur Alyssa Sahabudin, 24, memaklumkan hantaran tersebut hanyalah luahan rawak tanpa niat memburukkan sesiapa.

“Saya rasa itu cuma ‘thoughts’ (pemikiran) yang saya rasa saya kongsi.

“Tak ‘mention’ nama sesiapa pun dan saya tak tuju pada siapa-siapa.

“Tapi kalau dia terasa mungkin dia tahu itu dia,” katanya ketika ditemui selepas acara pertunjukan fesyen di KWC Fashion Wholesale Mall di Pudu, di sini, semalam.

Tidak berniat menyakitkan hati sesiapa, pelantun lagu Teman itu memaklumkan ungkapan ‘the worst decision i ever made last year is duet with that one founder’ yang dimuatnaik dalam media sosialnya tercetus sewaktu sedang sibuk menyiapkan projek lagu raya terbaharu sehingga terkenang kembali kenangan lama.

“Kami tengah buat single raya dan bila ‘rewind’ saya rasa banyak memori tahun lalu. Jadi bila ingat dengan siapa saya bekerjasama, saya teringat.

“Saya cuma kongsi dan tak ada niat nak memburukkan sesiapa.Saya tak tuju pada siapa-siapa.

“Kalau dia terasa, saya tak boleh cakap apa, siapa makan cili dia rasa pedas. Kalau ada terasa, saya minta maaf, tapi saya tak sebut nama dia pun,” jelasnya.

Sebelum ini, Iman menyifatkan duet bersama seorang ‘founder’ (usahawan) adalah satu keputusan yang paling teruk dilakukannya pada tahun lalu.

Menerusi komen, ramai yang menduga usahawan yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Aliff Syukri.

Aliff Syukri turut menggunakan video luahannya itu dan menyuarakan perasaan kurang senang dalam media sosialnya.

Bagaimanapun ada yang menyifatkan sekadar gimik sebelum tampil dengan satu lagi lagu raya duet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN