fbpx
PELAKON Sweet Qismina berharap perkongsian dalam media sosial menjelang Ramadan nanti dipenuhi lebih banyak tentang ilmu dan kebaikan berbanding gosip atau kutuk mengutuk sesama sendiri.

Ramadan, tidak mahu gosip, kutuk mengutuk – Sweet Qismina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon, Sweet Qismina berharap kehadiran Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi dipenuhi dengan perkongsian ilmu untuk manfaat semua muslimin.

Katanya, seiring bulan puasa, individu berpengetahuan tinggi boleh menjadikan laman sosial sebagai gelanggang berkongsi perkara baik berbanding membicarakan hal negatif.

“Ramadan, tolong orang yang berilmu kongsikan kisah-kisah macam ini (Islam).

“Tidak mahu gosip, tidak mahu kutuk-mengutuk, tiada perli memerli,” katanya dalam hantaran menerusi Threads.

Isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut memuat naik semula hantaran seorang pengguna laman sosial mengenai kisah darah manusia Islam pertama yang tumpah.

Hantaran Sweet menerima maklum balas positif peminat yang sependapat dengannya bahawa Ramadan sebagai bulan menggandakan pahala serta memperbaiki kekurangan diri.

Rata-rata berpendapat perkongsian ilmiah, sejarah dan keagamaan bukan sahaja memberi manfaat kepada pembaca, bahkan menambah ganjaran pahala.

“Setuju 100 peratus, tiada perli-perli. Mari kita terus menuju Ramadan Al Kareem. Positif,” tulis seorang pengguna laman sosial lain.

Bersih daripada gosip liar, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) antara selebriti yang aktif berkongsi hantaran menyentuh isu semasa serta perkara berkaitan industri seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI