fbpx
PALMERO sanggup bermula daripada bawah untuk menghidupkan semula kariernya.

Pelmero sanggup bermula dari kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

WALAUPUN dilihat turun pangkat dengan menyertai kelab di Malaysia, penyertaan pemain warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero bersama Kuching City FC dianggap sebagai ‘nyawa kedua’ kepada kariernya.

Palmero sendiri menzahirkan harapan untuk menggunakan peluang diberikan The Cats bagi mengasah semula sentuhannya selepas terpaksa berehat lama ekoran penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Di sebalik isu pemalsuan dokumen, penyertaan Palmero bersama Kuching City membuka ruang seluas-luasnya buat pertahanan itu membuktikan bakat atas padang perlu diberi keutamaan berbanding kontroversi yang berlaku.

“Tidak pernah terlambat untuk bermula semula,” katanya menerusi ciapan di IG Story miliknya.

Jika mampu berada pada kecergasan terbaik dan menyesuaikan diri dengan persekitaran serta rakan sepasukan baharu, Palmero berkemungkinan memperoleh debut pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang DPMM FC Sabtu ini.

Sebelum ini, seorang lagi pemain warisan negara, Rodrigo Holgado sudah pun menyertai kelab Chile, Coquimbo Unido secara pinjaman sehingga Jun ini daripada America de Cali.

Ketika ini, hukuman penggantungan 12 bulan terhadap tujuh pemain warisan negara, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Palmero diberikan penangguhan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sehingga kes pemalsuan dokumen diselesaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN