fbpx
Cross menyampaikan anugerah kepada salah seorang pemenang pada Anugerah Juara Buku di Aurum Theatre, The Exchange TRX Mall, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

MPH rai kecemerlangan industri buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – MPH Bookstores meraikan kecemerlangan industri buku menerusi Anugerah Juara Buku melibatkan 10 kategori buku bahasa Melayu dan Inggeris dalam mengiktiraf serta menghargai bakat dan dedikasi penulis serta penerbit.

Majlis anugerah itu berlangsung di Aurum Theatre, The Exchange TRX Mall dengan kehadiran 200 tetamu, manakala penyampaian anugerah kepada pemenang adalah daripada pencipta kandungan digital dan pempengaruh buku.

Ketua Pegawai Eksekutif MPH Bookstores, Martin Cross berkata, pihaknya merasakan penulis, pengarang dan penerbit bukan sekadar wajar diberi pengiktirafan, tetapi mereka perlu diraikan dengan lebih bermakna.

“Majlis anugerah ini diadakan berskala besar dan sebelum ini memang sudah ada beberapa anugerah, tetapi kami mahu menjadikannya lebih gah selari dengan martabat sepatutnya diterima mereka dalam industri buku ini.

“Malah kami ingin menunjukkan bahawa kedudukan penulis dan penerbit tempatan ini setara dan dalam beberapa aspek, lebih bajk berbanding penulisan dan penerbitan antarabangsa. Sebab itu kami ada pelbagai kategori untuk bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, anugerah bagi buku berkenaan dinilai berdasarkan jualan sepanjang tahun lalu sehingga Januari 2026.

Sementara itu, Cross berkata, MPH Bookstores sedang melakukan pengubahsuaian di beberapa cawangan mereka dengan memperkenalkan konsep baharu sekali gus berbeza dengan kedai lama sebelum ini.

“Anda juga boleh melihat perubahan dalam konsep MPH. Masih ada beberapa cawangan lama yang belum diubah suai, namun kami sedang melakukannya secara berperingkat.

“Konsep baharu ini lebih cerah dan terang, yang kami percaya dapat memberikan pengalaman lebih baik kepada pelanggan,” katanya.

Antara anugerah berkenaan ialah Best Adult Fiction (English) – Strange Houses by Uketsu, Best Young Adult Fiction – The Hunger Games: Sunrise on the Reaping by Suzanne Collins, Best Young Readers (English) – Dog Man #13: Big Jim Begins by Dav Pilkey, Best English Non-Fiction – The Let Them Theory by Mel Robbins and Sawyer Robbins dan Best Business Read – The Art of Spending Money by Morgan Housel.

Lima lagi kategori ialah Best Malay Fiction – Kaisar karya Jiwa, Best Malay Young Readers – Miss Fanatik Sains karya Ilya Alias, Best Local Comic – Lawak Kampus 51 karya Keith, Best Malay Non-Fiction – Palestine: Dari Sungai Ke Segara karya Ayman Rashdan Wong danBest Islamic Reference – Surat Cinta Dari Tuhan karya Adnin Roslan.

Tahun ini turut menyaksikan satu kategori khas bukan buku iaitu Best Gift & Stationery. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI