KOTA KINABALU – Polis menyiasat satu kes pembunuhan susulan penemuan beberapa anggota badan manusia di kawasan rumah kedai di Indah Permai, Menggatal di sini pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat pukul 8 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
”Pemeriksaan awal mendapati beberapa bahagian tubuh manusia ditemukan dalam tong sampah dan di sekitar kawasan rumah kedai Indah Permai. Kesemua bahagian yang dijumpai dipercayai milik mangsa yang sama.
”Setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dipastikan. Usaha untuk mengenal pasti identiti dan mengesan waris terdekat sedang giat dijalankan.
”Pasukan Forensik kontinjen Sabah, Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan di lokasi bagi mengumpul bahan bukti berkaitan,” katanya hari ini.
Menurut Syed Lot, berdasarkan pemerhatian awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum anggota badannya dibuang di kawasan rumah kedai.
”Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HQE dan proses bedah siasat dijangka dijalankan pada pukul 8.30 pagi esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE
Kerat anggota badan: Mangsa mungkin dibunuh di tempat lain – Polis
- Oleh IVAN AMIRUL
- 12 Februari 2026, 6:13 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Pertumbuhan penduduk Malaysia perlahan, kelahiran susut 5.4 peratus
12 Februari 2026, 8:08 pm

Tarikh lihat anak bulan Selasa depan
12 Februari 2026, 7:55 pm

318,000 kenderaan dijangka serbu Melaka, polis ‘tunggu’ di 17 lokasi panas
12 Februari 2026, 7:46 pm

[VIDEO] ‘Mana datang ramai manusia dua minggu ini’
12 Februari 2026, 6:41 pm

Terpaku lihat ular bersaiz tiang telefon lintas jalan
12 Februari 2026, 6:30 pm

‘Jangan risau, nanti saya keluarkan jemputan’
12 Februari 2026, 5:36 pm

Golongan muda di Terengganu tidak mahu anak ramai
12 Februari 2026, 5:22 pm

Ada yang tabur garam di kubur Akiko Okumura
12 Februari 2026, 4:04 pm






