PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terjejas di Perak ialah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak serta Batang Padang.
Di Kelantan, kawasan Kuala Krai dijangka mengalami hujan lebat berserta ribut petir, manakala di Terengganu melibatkan Setiu dan Hulu Terengganu.
Bagi Pahang pula, cuaca buruk diramal melanda Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.
“Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri serta Limbang,” lapor MetMalaysia.
Sementara itu di Sabah, amaran membabitkan kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) selain Tawau dan Sandakan melibatkan Kinabatangan. – KOSMO! ONLINE














