fbpx
Hantaran yang dimuat naik oleh bapa saudara mangsa di aplikasi TikTok.

Arwah sempat titip surat buat kawan – Bapa saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang maut akibat keracunan ubat di Sungai Ramal Baru, Kajang semalam sempat menulis surat buat rakan-rakannya sehari sebelum tragedi menyayat hati itu berlaku.

Perkara itu didedahkan bapa saudaranya menerusi ruangan komen di TikTok yang memaklumkan kanak-kanak itu berbuat demikian ketika bermain bersama rakan-rakannya.

“Dia tulis surat terima kasih sebab sudi menjadi kawan. Perkara itu diberitahu sendiri oleh kawan-kawannya kepada saya. Arwah juga suka belanja kawan.

“Selepas itu dia (arwah) cakap dia akan meninggal dulu, seolah-olah dia tahu dia akan pergi,” katanya menggunakan nama hiddenbabyyeah.

Menurut individu itu, pihak keluarga menafikan dakwaan mangsa diberikan ubat secara sengaja, sebaliknya kejadian dipercayai berpunca kerana kekeliruan botol ubat yang mempunyai rupa dan label hampir sama.

Katanya, ketika itu ibu mangsa berada dalam keadaan terlalu letih selepas menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

“Ibu dia (arwah) iaitu kakak saya tidak menyangka ubat lain, sebab ubat yang diberikan sama dari segi bentuk dan label pun putih. Jadi kakak saya anggap sama (ubat),” ujarnya.

Jelasnya, tiga daripada empat beradik tersebut mengambil ubat berkenaan, manakala anak sulung terselamat kerana tidak memakannya.

Dalam perkembangan terbaharu, katanya, dua lagi adik mangsa yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan dalam keadaan kritikal, namun stabil dan sudah sedar.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, manakala dua adiknya dirawat di ICU selepas dipercayai terminum cecair berbahaya jenis methadone.

Difahamkan, kejadian terbongkar selepas tiga beradik itu dibawa ke Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.50 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima maklumat daripada pegawai perubatan HTPN mengenai tiga kanak-kanak lelaki tempatan yang dibawa ke Jabatan Kecemasan pada pukul 9.01 pagi.

Siasatan awal mendapati seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala dua lagi berusia 10 dan lima tahun dirawat di ICU.

Susulan kejadian itu, polis menahan ibu bapa mangsa berusia 35 dan 44 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN