fbpx
DZULKHAIRI menyerahkan kit sumbangan kepada pengguna jalan raya pada Majlis Pelancaran Ops Selamat Ke-25 sempena Tahun Baharu Cina di Melaka, hari ini.

318,000 kenderaan dijangka serbu Melaka, polis ‘tunggu’ di 17 lokasi panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebanyak 318,000 kenderaan dijangka memasuki negeri ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada Selasa depan, berbanding purata 105,000 pada hari biasa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, susulan itu seramai 160 pegawai dan anggota membabitkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Pencegahan Jenayah serta Jabatan Siasatan Jenayah digerakkan ke lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi kemalangan.

“Melaka sememangnya menjadi negeri tumpuan setiap kali musim perayaan dan jumlah kenderaan luar yang masuk dijangka mencecah antara 300,000 hingga 400,000 buah.

“Kita tidak mahu kegembiraan orang datang bercuti berakhir dengan kemalangan, jadi kita akan tempatkan lebih ramai anggota di lokasi hotspot supaya bila pemandu nampak polis mereka akan lebih berhati-hati,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Ops Selamat Ke-25 sempena Tahun Baharu Cina 2026 di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, hari ini.

Tambahnya, fokus utama Ops Selamat pada tahun ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan memastikan sasaran maut sifar oleh kontinjen negeri tercapai.

Jelasnya, Op Selamat akan dilaksanakan selama enam hari bermula 15 Februari hingga 20 Februari, sementara Op Lancar digerakkan lebih awal dari 11 Februari hingga 22 Februari.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada 10 lokasi panas (hotspot) yang dijangka mengalami kesesakan tinggi serta tujuh lokasi hitam (blackspot) yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.

“Ini termasuk tujuh laluan di Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin dan di jajaran lebuh raya sepanjang kira-kira 50 kilometer dari Simpang Ampat hingga ke Jasin yang mencatatkan kadar kemalangan maut agak tinggi sebelum ini.

“Ramai pemandu dari Johor atau dari utara sampai ke kawasan ini dalam keadaan penat. Kita minta mereka berhenti berehat di kawasan Rehat dan Rawat yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan,” ujarnya.

Ditanya mengenai pemantauan keselamatan kediaman pada musim perayaan, beliau berkata setakat ini jumlah pendaftaran sistem Volunteer Smartphone Patrol di Melaka telah mencecah hampir 80,000 pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN