fbpx
Tangkap layar video dikongsikan pengguna TikTok, DonNa semalam memaparkan keadaan peti simpanan barangan sejuk beku kosong.

[VIDEO] Penangan Sara…habis licin sosej, nuget

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas dua hari kerajaan mengumumkan makanan sejuk beku disenaraikan sebagai kategori tambahan yang boleh dibeli menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (Sara), stok barangan seperti sosej, nuget dan bebola daging di beberapa pasar raya dan kedai runcit terpilih dilaporkan habis licin.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok, DonNa semalam, ruangan peti simpanan makanan sejuk beku di sebuah pasar raya telah kosong susulan pengguna Sara mengambil peluang membeli produk tersebut menggunakan peruntukan RM100 yang dikreditkan ke MyKad penerima berumur 18 tahun dan ke atas.

Semakan Kosmo! di ruangan komen mendapati, pengguna, Nur Aisyah berkata, keputusan kerajaan membenarkan pembelian makanan sejuk beku sangat membantu golongan berpendapatan rendah kerana barangan tersebut mudah disimpan dan tahan lebih lama.
“Biasanya saya beli ayam atau ikan segar, tapi bila sosej dan nuget dah boleh guna Sara, memang terus beli. Anak-anak pun suka, senang nak masak,” katanya.

“Iyalah…pergi Econsave kebanyakan peti tu banyak kosong dan bukan main ramai ye umat manusia,” komen @matchalahh.

“Alhamdulillah ada Sara, saya dapat beli ‘greek yogurt’ mahal. Selalunya nak beli pun berkira-kira walaupun untuk diri sendiri,” kata @NinjaTuna

Dalam pada itu, rata-rata pengguna memaklumkan pembelian kali ini adalah sebagai persediaan menyambut Tahun Baharu Cina dan Ramadan, selain menyifatkan makanan sejuk buku antara menu bersahur mudah ketika bulan puasa.

“Ramai yang Cina datang beli untuk persediaan Tahun Baharu Cina. Orang Melayu pula stanby (siap sedia) untuk Ramadan. Goreng nuget, sosej lauk mudah nak sahur. Ibu senang hati, anak-anak lagi suka,” kata Asyikin. – KOSMO! ONLINE

@donnaling96 licin gaiss 🥲 #fypage #sumbangasasrahmah2026 ♬ Kita tak boleh stressssssss – azfarheri

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN