fbpx
Chun Jiat selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Tender Pusat Data: Pengarah, bekas pengarah didakwa rasuah lebih RM2.4 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua termasuk bekas pengarah syarikat kontraktor elektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.4 juta bagi mendapatkan tender berkaitan projek pembinaan pusat data pada 2024 dan tahun lalu.

Tertuduh, Seow Kian Ang, 53, dan Yong Chun Jiat, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Kian Ang yang merupakan pengarah syarikat sistem keselamatan didakwa atas empat tuduhan memberikan wang RM1.352 juta kepada pengurus kontrak sebuah syarikat melalui seorang lelaki berusia 39 tahun.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikatnya mendapatkan tender ‘Sub-Contractor for Design, Planning, Supply, Delivery, Installation, Testing, Commissioning, Warranty and Comprehensive Maintenance of Security System’.

Kesalahan dilakukan di Bandar Sunway dan Ara Damansara dekat sini antara 1 Ogos 2024 dan 10 Julai 2025.

Chun Jiat pula didakwa atas enam pertuduhan memberi suapan tunai RM1.05 juta kepada pengurus sama sebagai upah bagi membantu syarikatnya mendapat tender ‘Sub-Contractor for Design, Planning, Supply, Delivery, Installation, Testing, Commissioning, Warranty and Comprehensive Maintenance of Electrical Low Voltage Works (External LV Package) (Sub-Contract)’.

Perbuatan itu dilakukan di Bandar Sunway, Ara Damansara, Temasya Square Glenmarie di sini antara 5 Ogos 2024 dan 18 Mei 2025.

Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Ezlin Yusop Khan mencadangkan jaminan RM500,000 bagi setiap tertuduh selain menyerahkan pasport, melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, Peguam Datuk Geethan Ram yang mewakili Kian Ang dan Chun Jiat yang diwakili Peguam Datuk N. Sivananthan merayu jaminan dikurangkan. Mahkamah membenarkan setiap tertuduh dijamin  RM100,000 berserta syarat tambahan yang dicadang pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI