fbpx
Misha Omar memberi dorongan kepada anak sulungnya, Muhammad Adam Emir atau Adam berusaha sendiri pada sesi temu duga jawatan pramugara seperti diidamkan. - SHIDDIEQIIN ZON

Tak guna kabel, Misha Omar dorong anak ke temu duga pramugara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tidak menggunakan kabel, penyanyi Misha Omar memberi dorongan kepada anak sulungnya, Muhammad Adam Emir atau Adam berusaha sendiri pada sesi temu duga jawatan pramugara seperti diidamkan.

Misha berkata, dia mahu puteranya yang berusia 20 tahun itu menjalani fasa biasa dimulakan dengan proses mencari kerja, merasai pengalaman menghadiri temu duga serta berdepan ahli panel.

“Adam berminat nak jadi kru kabin. Waktu saya bawanya ke sesi temu duga beberapa hari lalu, ada calon yang hadir tanya kenapa kami tak gunakan kabel sedangkan suami saya juru terbang.

“Kami memang enggan berbuat demikian kerana bapanya mahu Adam merasakan keperitan menghadiri temu duga.

“Biar dia rasa macam mana beratur dengan ratusan calon lain dan kami nak dia rasai pengalaman sewaktu proses temu duga,” katanya selepas pelancaran muzik video lagu baharunya, Don’t Love You Anymore (IDLYA), semalam.

Begitupun, Adam gagal pada sesi temu duga pertamanya berikutan faktor berlebihan berat badan tetapi tidak patah semangat untuk mencuba lagi.

“Adam tak kecewa pun, sekarang dia di dalam fasa mencabar diri turunkan lagi berat badan bagi mendapatkan berat yang ideal menerusi pemilihan makanan serta senaman ringan.

“Setakat ini beratnya sudah turun senbanyak tiga kilogram (kg) iaitu dari 80 kilogram kepada 77.2 kg. Dia perlu turunkan beberapa kg lagi,” katanya.

Mengakui memberi cadangan mengenai kerjaya di awan biru kepada Adam, perkongsian tersebut rupa-rupanya menarik minat anak muda terbabit.

“Saya akan memberikan sokongan dan dorongan terhadap apa saja kerjaya pilihan anak-anak selagi mereka rajin berusaha.

“Melihat kesungguhan Adam menurunkan berat badan buat hati saya berbaur antara rasa teruja, seronok serta sayu,” katanya.

Sementara itu, mengenai lagu baharu nukilan komposer Indonesia, Melly Goeslow, I Don’t Love You Anymore atau IDLYA, rakaman muzik videonya paling mencabar.

Misha, 44, mengakui penggambaran dilakukan ketika salji tebal di kawasan pergunungan di Yining, China ketika suhu mencecah -20 selsius merupakan cabaran besar apatah lagi hanya memakai dua lapis pakaian.

“Idea mengambil latar salji diusulkan pasukan Sony Music Malaysia serta pasukan saya dan awalnya biarpun saya elak untuk ‘terbang’, hasilnya sangat berbaloi.

“Besar cabaran untuk kelihatan cantik dengan gaun, saya menahan kesejukan dibaluti dua lapis persalinan sedangkan orang lain pakai sampai enam baju agar dapat hangatkan badan.

“Inilah hasilnya video muzik yang mengambil masa tiga hari untuk disempurnakan dan hari ini pertama kali saya melihat video ini. Sangat mengharukan. Ini hasil kerja berkumpulan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI