fbpx
Nadia Farhana.

Polis mohon bantu kesan gadis hilang dari tapak karnival

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Polis memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang gadis berusia 21 tahun yang hilang sejak pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan R. Premkumar berkata, Nadia Farhana Abdullah, 21, disedari telah hilang dari tempat kerja di tapak karnival, Bandar IOI Bahau oleh bapanya pada pukul 9.30 pagi semalam.

“Ciri-ciri fizikal gadis berkenaan ialah berketinggian 150 sentimeter dengan berat sekitar 54 kilogram serta rambut berwarna hitam. Usaha mengesan gadis berkenaan masih dijalankan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Balai Polis Bahau, Inspektor Annas Fikri Othman di talian 013-6219196 atau Balai Polis Bahau di talian 06-4541222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN