fbpx
SARAVANAN (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Sumbangan Kecemerlangan SPM dan Dermasiswa IPTA/IPTS Parlimen Tapah di Dewan Merdeka di Tapah hari ini.

Pindah rumah ibadat perlu berhemah – Saravanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Tindakan memindahkan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran perlu dilaksanakan secara berhemah dengan memberi ruang dan masa kepada pemilik mencari tapak baharu berbanding mengambil tindakan penguatkuasaan serta-merta.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pendekatan itu bagaimanapun hanya wajar dipertimbangkan bagi rumah ibadat yang telah lama dibina dan bukan melibatkan struktur baharu atau yang masih dalam pembinaan.

Menurut beliau, rumah ibadat yang telah lama wujud walaupun dibina tanpa kelulusan, sewajarnya diberi peluang untuk dipindahkan secara sukarela.

“Mereka sudah lama berada di situ. Apa salahnya kita beri ruang supaya mereka sendiri memindahkan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran itu, daripada kita menggunakan penguat kuasa.

“Jika rumah ibadat itu baharu dibina atau masih dalam pembinaan, dan mahu dirobohkan, saya setuju. Tetapi bagi yang sudah lama, walaupun tanpa kelulusan, berilah ruang dan peluang kepada pemilik untuk memindahkannya sendiri,” katanya pada Majlis Sumbangan Kecemerlangan SPM dan Dermasiswa IPTA/IPTS Parlimen Tapah.

Saravanan menegaskan, beliau tidak menyokong pembinaan rumah ibadat tanpa izin, malah ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, beliau tidak membenarkan sebarang pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI