fbpx
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan sebuah pesawat milik Smart Air. – AGENSI

Pesawat penumpang Indonesia ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah pesawat milik syarikat Smart Air dengan nombor pendaftaran PKS-NR dilaporkan ditembak hari ini, demikian menurut laman berita Tempo.

Kejadian berlaku semasa pesawat mendarat di Lapangan Terbang Korowai Batu dari Tanah Merah, rantau Boven Digicel, wilayah Papua Selatan.

Ketua Perhubungan Awam Polis Serantau, Pesuruhjaya Cahyo Sukarnito berkata, ketika kejadian, pesawat itu membawa kira-kira 13 penumpang.

“Pesawat itu dipandu oleh Kapten Egon Erawan dan pembantu juruterbang, Kapten Bas Koro,” kata Cahyo dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pesawat itu berlepas dari Tanah Merah pukul 10.35 pagi(waktu tempatan).

Pesawat itu ditembak dari kawasan hutan bersebelahan landasan lapangan terbang semasa pendaratan.

Juruterbang dan pembantunya maut akibat kecederaan tetapi semua 13 penumpang selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN