fbpx
Wan Rosdy.

Penjawat awam Pahang balik awal setiap Jumaat sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Penjawat awam negeri Pahang diberikan kelonggaran untuk pulang lebih awal pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan apabila waktu bekerja ditetapkan sehingga pukul 12.30 tengah hari.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelarasan waktu bekerja sepanjang Ramadan.

“Waktu bekerja bagi penjawat awam negeri pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan mulia itu akan bermula selewat-lewatnya pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

“Ketetapan ini adalah selaras dengan titah tuanku berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 16 Januari 2026.

“Tempoh pelaksanaannya adalah bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri memahami kepentingan Ramadan sebagai bulan ibadah dan penghayatan rohani, justeru pelarasan waktu bekerja itu dilaksanakan bagi memberi keseimbangan antara tuntutan tugas dan keperluan beribadah.

Beliau turut yakin seluruh penjawat awam negeri akan terus mengekalkan tahap profesionalisme, integriti serta komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN