fbpx
Seekor anak ular tedung ditemui berkeliaran di kejiranan Emerald, Ponorogo. - Gema Surya FM

Penduduk resah, 6 anak King Cobra berkeliaran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kawasan kejiranan di Ponorogo, wilayah Jawa Timur dibelenggu ketakutan apabila mereka menemukan enam ekor anak ular tedung selar (king cobra) berkeliaran di kawasan rumah, lapor portal berita Gema Surya FM. 

Kejadian berlaku di kejiranan Emerald, daerah Siman baru-baru ini. 

Seorang penduduk tempatan, Muhammad Pradipta berkata, kemunculan reptilia berbisa itu membuatkan mereka bimbang kerana sarangnya terletak di sekitar kawasan perumahan. 

“Ia membuatkan kami takut, terutamanya apabila ramai kanak-kanak sering bermain di luar rumah. Kami telah melaporkan kejadian itu kepada agensi berkaitan,” kata Muhammad Pradipta. 

Pihak berkuasa berjaya menemukan seekor induk ular tedung sepanjang 1.5 meter, namun ia gagal ditangkap. 

Warga setempat mendakwa bahawa terdapat lebih 10 ekor anak ular tedung berkeliaran di kawasan tersebut. 

Pencarian masih giat dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI