fbpx
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang eksekutif bank di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada 2 Februari lalu.

Pemuda ditahan kes bunuh eksekutif bank didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang pemuda yang direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan tragis seorang eksekutif bank di Taman Sultan Abdul Halim, di sini pada 2 Februari lalu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Suspek berusia 29 tahun itu akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini pada pagi ini.

Difahamkan, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi, 2 Februari lalu, mangsa, Zahrullail Basir, 52, yang merupakan seorang eksekutif bank, ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim.

Anak sulung mangsa kemudiannya ditahan di dalam sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan yang dipercayai dalam perjalanan ke Selangor.

Pemuda terbabit seterusnya direman selama tujuh hari sehingga kelmarin sebelum reman disambung hingga Ahad ini.

Hasil siasatan awal polis mendapati masalah kewangan dan sikap panas baran suspek disyaki menjadi motif pembunuhan tersebut.

Suspek yang merupakan pekerja kilang di Pulau Pinang dipercayai mempunyai bebanan hutang along di sekitar negeri itu, selain perlu membayar sewa motosikal bagi perkhidmatan p-hailing sebanyak RM700 sebulan serta sewa bilik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI