fbpx
Tangkap layar video menunjukkan Aira berjumpa dengan pemilik dobi selepas mendapati pakaiannya dipakai tanpa izin. - TikTok

Pemilik dobi ‘kantoi’ pakai baju pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pemilik dobi di Pemalang, wilayah Jawa Tengah menerima kecaman orang ramai kerana memakai pakaian yang dihantar oleh pelanggan tanpa izin, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Tasya Laundry baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bang.roni212 menunjukkan pelanggan bernama Aira, meminta pemilik dobi untuk menjelaskan penggunaan pakaiannya tanpa izin. 

Selain melontarkan kata-kata kesat, pemilik dobi tersebut mengarahkan seorang pekerja untuk menyerahkan pakaian dan tidak memohon maaf. 

Aira berkata, kejadian itu terbongkar selepas dia melihat beberapa klip video di platform TikTok. 

Rakaman itu 345,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Macam mana dia boleh selamba memakai baju pelanggan,” kata seorang netizen. 

“Lebih baik cuci baju di rumah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN