fbpx
Gambar hiasan

Panas di Kedah, hujan lebat tertumpu Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca panas tahap berjaga-jaga dikesan melanda lima kawasan di Kedah, manakala hujan lebat dan ribut petir pula dijangka tertumpu di beberapa negeri Pantai Timur serta selatan Semenanjung dan Sabah sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, lima kawasan di Kedah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga), iaitu Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

Menurutnya, Tahap Berjaga-Jaga ditakrifkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Dalam perkembangan sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di Kelantan, kawasan terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu serta Kemaman.

Bagi Pahang pula, amaran melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin. Selain itu, Mersing di Johor serta Sandakan meliputi Telupid, Kinabatangan dan Sandakan di Sabah turut dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh berkenaan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN