fbpx
Gambar hiasan

Kerajaan sasar jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi RON95  di bawah program Budi Madani RON95 (Budi95) dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion tahun ini.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penjimatan itu juga tertakluk pergerakan harga minyak mentah dunia dan kadar pertukaran mata wang.

Beliau berkata, penjimatan itu juga diperoleh hasil daripada ketirisan subsidi yang berjaya dikekang termasuk membendung aktiviti penyeludupan ke negara jiran.
“Saya menghargai keprihatinan rakyat yang bertindak menegur dan menyalurkan maklumat tatkala ada cubaan membeli RON95 oleh warga asing.

“Sikap ini wajar dipuji tidak sekadar mempertahan hak sebagai rakyat Malaysia, malah cerminan semangat kenegaraan dan jati diri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lin (PH-Bukit Bintang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan Budi95 sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026 serta bagaimana penjimatan tersebut dimanfaatkan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, hasil penjimatan fiskal tersebut telah diagih semula kepada rakyat menerusi penambahan bantuan rakyat khususnya Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Menurut beliau, bermula 9 Februari lalu, semua 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas menerima RM100 setiap individu melalui
MyKad.

“Dalam tempoh dua hari pelaksanaan Sara Untuk Semua, hampir RM200 juta telah dibelanjakan oleh dua juta rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI