fbpx
Mahkamah Sesyen Kemaman. GAMBAR HIASAN

Jual rokok bawah RM12 sekotak, peniaga kedai runcit didenda RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Gara-gara menjual rokok terlalu murah di bawah harga minimum RM12 sekotak, seorang pengusaha kedai runcit didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hakim Wan Suhaila Mohd. memerintahkan demikian selepas tertuduh, Saidatul Akmal Mohamad Noor, 51, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Orang Kena Saman (OKS) tersebut didakwa menjual sekotak rokok pada harga lebih rendah daripada harga minimum RM12.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan Saidatul Akmal di kedai runcitnya di Chukai, di sini pada pukul 11 pagi, 27 Oktober 2024.

Mengikut fakta kes, kedai runcit OKS diserbu tujuh anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan yang menyamar sebagai pelanggan.

Serbuan tersebut berjaya menyita 10 kotak rokok dijual di bawah RM12 sekotak dengan jumlah keseluruhan RM60.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 10(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI