PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dijangka berlarutan sehingga lewat petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terlibat di Kedah ialah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Amaran sama turut melibatkan seluruh Pulau Pinang serta beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Pahang, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Tanah Tinggi Cameron, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Selain itu, kawasan di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut berada dalam senarai amaran,” kata MetMalaysia,
Bagi kawasan di selatan tanah air, MetMalaysia menjangkakan cuaca buruk sebelah petang tertumpu sekitar Johor melibatkan daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Sarawak, kawasan Lawas di Limbang dijangka terkesan manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Kinabatangan).
“Wilayah Persekutuan Labuan turut termasuk dalam amaran tersebut,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














