fbpx
Ini adalah kali ketiga Holgado menyarung jersi pasukan yang terkenal dengan gelaran The Pirates itu selepas musim 2018 dan 2023.

Holgado dijangka debut Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYERANG warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado berpeluang membuat penampilan kompetitif pertama sejak September lepas menjelang aksi melibatkan pasukannya, Coquimbo Unido menentang La Serena dalam aksi Liga Chile pada Sabtu ini.

Holgado sudah lebih lima bulan tidak beraksi secara kompetitif selepas digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak dihukum pada September lepas susulan isu pemalsuan dokumen untuk mewakili skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Bagaimanapun, karier pemain kelahiran Argentina itu diberikan nafas baharu selepas hukuman dikenakan oleh FIFA ditangguhkan sementara waktu menerusi keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada 26 September lepas.

Kini, Holgado makin bersemangat untuk menghidupkan semula kariernya selepas berhijrah secara pinjaman menyertai Coquimbo Unido daripada pasukan Liga Colombia, America de Cali dengan kontrak sehingga Jun depan.

Menerusi kenyataan ringkas kelab, pihak pengurusan mengambil risiko untuk menandatangani Holgado walaupun keputusan CAS hanya akan diketahui secara rasmi pada 26 Februari ini.

“Kelab ini akan sentiasa bersama anda (Holgado) sepanjang proses rayuan ini tanpa mengira keputusan (yang bakal diterima nanti). Kami yakin penyokong kami akan menaikkan semula semangat anda.

“Pihak pengurusan berani mengambil risiko demi membuktikan kelab ini sebagai sebuah institusi yang menjaga serta menyokong pemain yang pernah berjasa bersama pasukan di atas padang dengan penuh rasa bangga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN