fbpx
Sebahagian beras yang disyaki diseludup dari Thailand dirampas di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada semalam. Foto AKPS

Gagal seludup 99,900 kg beras Siam guna lori kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Cubaan dua lelaki menyeludup 99,900 kilogram (kg) beras dari Thailand dianggarkan bernilai RM639,400 menggunakan dua lori kontena berjaya digagalkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di sini semalam.

Dua kenderaan berat tersebut ditahan untuk pemeriksaan di Laluan Masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 4 petang.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, hasil pemeriksaan mendapati setiap lori kontena berkenaan memuatkan kira-kira 49,950 kg beras yang cuba diseludup.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua lori itu membawa beras tanpa sebarang pengisytiharan atau ikrar kastam dengan beras disembunyikan di dalam kontena dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa.

“Kita bertindak merampas kesemua beras, manakala dua lori kontena itu disita bagi tujuan siasatan dan pendakwaan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Negeri Kedah untuk tindakan lanjut.

“Maklumat berkaitan ejen atau syarikat yang terlibat masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN