fbpx
Shazeli.

Empat lelaki ditahan robohkan kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Empat lelaki ditahan berhubung kejadian perobohan sebahagian sebuah kuil haram di kawasan Rawang, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tangkapan dibuat susulan satu laporan polis yang diterima daripada seorang pengadu berkaitan insiden tersebut.

Beliau berkata, turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah sebuah jentera traktor pertanian jenis backhoe yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil telah dirobohkan tanpa ada perbincangan dan tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan dan pengadu sebelum melakukan aktiviti pembersihan tersebut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan terhadap empat lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 26 hingga 39 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta kekal rasional dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum, agama atau mengganggu ketenteraman awam.

“Polis Diraja Malaysia memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara profesional, telus dan adil berlandaskan lunas undang-undang.

“Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Eqhmal Hakimi Zainodin di talian 013-6117371 (pegawai penyiasat jenayah, IPD Gombak) atau bilik gerakan di talian 03-61262222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN