fbpx
Salah seorang anggota AADK yang direman bagi membantu siasatan kes rasuah di HSB, Alor Setar semalam.

Dua anggota AADK wanita direman bantu siasatan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Dua anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) wanita direman bagi membantu siasatan kes bersubahat meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 yang didakwa berlaku pada tahun lalu.

Perintah reman selama empat hari bermula semalam ke atas dua suspek masing-masing berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md. Ali.

Permohonan reman tersebut dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada pagi semalam.

Salah seorang suspek dikatakan tidak sihat dan perlu menerima rawatan di hospital menyebabkan proses reman dilakukan di situ.

Menurut sumber, dua anggota AADK Kedah terbabit sebelum itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah antara pukul 2 hingga 5 petang kelmarin.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan kes bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2025.

“Kes disyaki melibatkan penerimaan wang rasuah secara tunai kira-kira RM2,000 daripada seorang individu bagi menyelesaikan kes positif dadah saringan ujian air kencing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN