fbpx
Gambar hiasan

21,114 remaja hamil sebelum nikah – Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 21,114 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin telah hamil berdasarkan rekod di Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh 2019 hingga 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha membendung isu itu dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif termasuk membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Pekerti).

“Inisiatif ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdaya tahan (resilient).
“Di bawah pelan tindakan ini, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut umur, jantina dan bangsa dari 2019 hingga 2025.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, Pekerti turut melibatkan tindakan bersepadu pelbagai kementerian menerusi platform Majlis Sosial Negara.

Katanya, program itu sebagai salah satu program di peringkat institusi pengajian tinggi, meluaskan pelaksanaannya di peringkat komuniti serta mempergiat aktiviti, promosi dan advokasi berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI