fbpx
Ahmad Zahid (hadapan, tiga dari kanan) bersama warga KKDW pada program Permukiman KKDW di Hotel Raia, Kuala Nerus hari ini.

UPTM, UniKL bakal disenarai ke Bursa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasar untuk menyenaraikan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) berdaya maju kelolaan Mara ke Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu merupakan salah satu daripada 28 inisiatif utama yang telah dijadikan sebagai garis panduan perubahan KKDW pada tahun ini.

“Selaras dengan Putera35 (Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035), kami merancang untuk UPTM dan UniKL disenarai di Bursa Malaysia.

“Kita telah meletakkan jeda waktu maksimum tiga tahun daripada sekarang berdasarkan track record (rekod prestasi) keuntungan (UPTM dan UniKL),” katanya ketika ditemui selepas merumuskan Permukiman KKDW yang berlangsung sejak Ahad lalu.

Ahmad Zahid berkata, sasaran itu realistik berikutan kejayaan kedua-dua IPT tersebut meraih rekod kewangan memberangsangkan yang antara menjadi prasyarat utama penyenaraian ke Bursa Malaysia.

Beliau berkata, kemasukan pelajar termasuk dalam kalangan warga asing ke UPTM dan UniKL untuk menunjukkan peningkatan terutama bagi kursus Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT) dan Robotik.

“Selain itu, kita juga berhasrat agar entiti usahawan-usahawan profesional yang dibimbing dan dibiayai Mara untuk membuka Uni Klinik, Uni Dental (Pergigian) dan Uni Farmasi disenaraikan (dalam Bursa Malaysia),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI