fbpx
Amirudin.

Titah Sultan Selangor selari pendekatan negeri – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, titah tersebut sejajar dengan pendirian serta pendekatan proaktif kerajaan negeri sedia ada melalui mekanisme kawalan serta pemantauan di bawah Jawatankuasa Rumah Ibadat Lima Agama Selangor (LIMAS).

“Keprihatinan Tuanku ini akan diselaraskan dengan tindakan selanjutnya oleh Exco Kerajaan Negeri yang berkaitan. Menjunjung kasih, Tuanku,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah setiap pembangunan rumah ibadat dijalankan mengikut undang
-undang yang berkuat kuasa dan tadbir urus yang baik.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin menekan perkara itu perlu dipatuhi khususnya pembangunan kuil-kuil Hindu agar ia dilaksanakan dengan teratur dari aspek perundangan dan selaras dengan perancangan bandar yang mampan dan terancang.

Tegasnya, baginda juga telah disembah maklum oleh kerajaan negeri berhubung statistik pembinaan kuil Hindu tanpa kebenaran di negeri ini sehingga 31 Januari lalu adalah sebanyak 687 buah kuil dengan 388 buah kuil yang dibina di tanah milik Kerajaan dan 299 buah kuil dibina di atas tanah milik persendirian.

Jumlah kuil tanpa kebenaran ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan populasi masyarakat India beragama Hindu sekitar lebih kurang 11.3 peratus di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI