fbpx
Gambar hiasan.

Semenanjung cerah, ribut petir di Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sabah sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan berkata, ia meliputi daerah Sandakan dan Kudat.

“Cuaca buruk dijangka berlaku di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” kata kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI